Dasar Privasi

Notis privasi kami menerangkan cara Farben Technique mengendalikan data peribadi. Sila baca notis yang berkaitan dengan anda.

Muat turun Notis Privasi untuk Pelanggan (PDF, Bahasa Inggeris)

Notis Privasi untuk Pelanggan

Notis Privasi untuk Pelanggan ini ("Notis Privasi") menerangkan cara Farben Technique (M) Sdn. Bhd. (termasuk anak syarikat, syarikat sekutu, dan syarikat berkaitan dan/atau bersekutu) (selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat", "kami" atau "milik kami") mengumpul, menggunakan, melindungi dan/atau memproses maklumat peribadi tentang anda berhubung dengan urusan dan hubungan anda dengan kami.

Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Proses

Jenis data peribadi tentang anda yang mungkin kami kumpul dan proses termasuk:

  1. nama, umur, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, dan butiran kad pengenalan/pasport;
  2. alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon;
  3. maklumat kewangan seperti butiran akaun bank, butiran kad kredit atau debit;
  4. rekod dan sejarah pembelian; dan
  5. apa-apa maklumat lain yang kami anggap perlu atau wajar dari semasa ke semasa berhubung dengan urusan dan/atau hubungan anda dengan kami,

(secara kolektif, "Data Peribadi").

Sekiranya anda mendedahkan kepada kami apa-apa maklumat peribadi dan/atau data peribadi individu lain, anda bersetuju bahawa anda telah memperoleh persetujuan individu tersebut bagi pendedahan maklumat dan/atau data peribadi tersebut kepada kami serta pemprosesan data peribadi mereka oleh kami, dan anda bertanggungjawab untuk memberikan Notis Privasi ini kepada pihak ketiga tersebut.

Jika perlu, kami mungkin memerlukan Data Peribadi untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan kepada anda dengan berkesan. Jika maklumat yang diperlukan tidak diberikan, keupayaan kami untuk menyampaikan perkhidmatan/produk yang dimaksudkan mungkin terjejas.

Sumber Data Peribadi

Kami mungkin mengumpul Data Peribadi secara terus daripada anda, contohnya apabila anda memberikan maklumat anda kepada kami melalui mana-mana borang pembelian, laman web kami atau apa-apa komunikasi dengan kami.

Kami juga mungkin memperoleh Data Peribadi daripada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan niaga kami, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi pemasaran, serta daripada maklumat yang tersedia atau boleh diakses secara umum.

Tujuan Pemprosesan

Kami mungkin memproses Data Peribadi bagi pelbagai tujuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  1. menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  2. memproses dan menguruskan pesanan anda;
  3. memproses apa-apa bayaran dan bayaran balik berkaitan pesanan anda;
  4. menjalankan tinjauan berkaitan pelanggan, produk dan perkhidmatan kami;
  5. bagi tujuan penyelidikan, penanda arasan, analisis dan statistik;
  6. memasarkan dan mengiklankan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  7. menghubungi dan berkomunikasi dengan anda;
  8. bagi tujuan penyimpanan rekod dalaman;
  9. bagi mematuhi keperluan undang-undang atau kawal selia kami di bawah undang-undang yang terpakai; dan
  10. bagi memenuhi apa-apa tujuan yang berkaitan secara langsung dengan tujuan di atas,

(secara kolektif, "Tujuan").

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa bagi melaksanakan Tujuan tersebut, kami mungkin perlu memberikan Data Peribadi kepada pihak ketiga tertentu. Data Peribadi mungkin didedahkan atau dikongsi dengan pihak ketiga termasuk:

  1. anak syarikat, syarikat sekutu, dan syarikat berkaitan dan/atau bersekutu kami;
  2. penyedia perkhidmatan, penasihat profesional, rakan niaga, perunding dan pembekal kami;
  3. organisasi termasuk penasihat profesional mereka dan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan sama ada di dalam atau di luar Malaysia, berhubung dengan pemerolehan, pelupusan dan/atau cadangan pemerolehan atau pelupusan aset Syarikat dan/atau Syarikat itu sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung; dan
  4. pengawal selia, pihak berkuasa penguatkuasaan dan pihak berkuasa undang-undang lain.

Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi jika pendedahan tersebut perlu atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, dan pendedahan Data Peribadi di atas sama sekali bukan untuk dijual.

Sesetengah pihak ketiga ini mungkin berada di luar Malaysia dan oleh itu kami mungkin perlu memindahkan Data Peribadi ke tempat di luar Malaysia berhubung dengan Tujuan yang dinyatakan di atas, dengan langkah perlindungan yang sewajarnya.

Hak terhadap Data Peribadi Anda

Anda berhak untuk meminta akses kepada, membetulkan dan mengemas kini Data Peribadi yang kami simpan. Anda juga boleh meminta kami mengehadkan pemprosesan data peribadi tersebut, termasuk data peribadi berkaitan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu. Untuk melaksanakan hak ini atau membuat permintaan sedemikian, sila hubungi kami melalui butiran di bawah:

Nama
Ms. Choo Poh Cheng
Jawatan
Pengurus Perniagaan Kanan
No. Telefon
604 - 585 8000
No. Faks
604 - 582 1696
E-mel
choopc@farbentechnique.com

Anda juga boleh menghubungi kami melalui butiran di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan pemprosesan Data Peribadi oleh kami.

Bahasa Notis Privasi Ini

Notis Privasi ini disediakan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kedua-dua teks adalah sama sahnya. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau tafsiran yang berbeza antara kedua-dua teks, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Perubahan kepada Notis Privasi Ini

Kami berhak untuk meminda dan mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Pindaan dan kemas kini tersebut mungkin dimaklumkan kepada anda melalui saluran yang sesuai. Pembelian berterusan produk kami dan/atau penggunaan berterusan perkhidmatan kami selepas pindaan tersebut dan selepas menerima notis tentang perubahan itu menunjukkan penerimaan dan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.

Terima kasih.